Ahad, 30 November 2008

Sampai Bilakah?


Sekarang ini musim haji. Musim umat Islam menuju Baitullah. Di sana mereka menjadi tetamu Allah. Mereka bersimpuh penuh kerendahan. Menghadapkan wajah dan hati kepada Tuhan.

Makkah adalah sejarah. Ia tempat lahirnya insan agung. Muhammad bin Abdullah yang membawa cahaya iman. Itulah hidayah yang tidak ternilai harganya. Muhammadlah manusia yang menempuh payah demi iman. Hingga akhirnya Makkah kekal menjadi tumpuan manusia, memohon doa dan maghfirah.

Hikmah haji amatlah banyak. Disebutkan ia sebagai muktamar umat Islam sedunia. Berkumpul dengan satu agenda. Di samping menunaikan rukun Islam kelima, juga mengeratkan ukhuwwah dan memadukan solidariti sesama kita. Akhirnya akan terpancarlah aura agama, terserlah wibawa kita. Lambang utuhnya manusia bersatu dalam relung akidah yang sama. Menyembah Allah Tuhan yang Esa, mematuhi rasul yang sama, berpandukan kepada al-quran yang sama dan menghadap kiblat yang sama.

Mutakhir ini, sayangnya haji bukan lagi medan muhasabah sesama umat. Ia bahkan medan nafsu-nafsi. Masing-masing berpuak-puak. Masing-masing mendabik dada dengan bendera sendiri. Bangga kerana berasal dari Malaysia, kerana mendapat keistimewaan yang lebih daripada penguasa Arab. Yang lain mungkin kesal datang dari negeri yang dipalit fitnah, disergah pula bak anjing kurap!

Maka, Makkah bukan lagi medan penyatuan, lurah perpaduan dan gelanggang kekuatan. Inilah hasil fitnah para musuh Allah. Menyemai benih assabiyah yang keterlaluan. Menyemai semangat amat cintakan watan. Menyuntik aliran nasionalisme yang merentasi agama sebagai sempadan.

Sampai bilakah Makkah hanya menjadi saksi amalan fardu yang ritual. Berpusingan tujuh kali di sisi kaabah, saie sambil-sambil mengenang kisah, melontar jamrah dan bermalam di Mina serta Arafah?

Sampai bilakah?

Sabtu, 15 November 2008

Majlis Solat Hajat & Izin Ilmu Kali ke 2 ( SPM 2008 )


Keutamaan seorang pelajar dalam menuntut ilmu ialah mendapat restu gurunya.Guru umpama lilin amat besar pengorbanannya.Ilmu dan pengalaman yang dicurahkan amat tinggi nilainya.Ianya dapat mempengaruhi perjalanan kehidupan seseorang kelak.Ilmu yang berkat mendatangkan kesenangan dalam hidup.

Tajuk Tumpuan Ulangkaji SPM 2008

TAJUK TUDINGAN PENDIDIKAN ISLAM 1223/1
SPM 2008
TINGKATAN 4
Kertas 1
1. AKIDAH
a. Konsep Iman/membatalkaniman
i. Khurafat
ii. Sihir
iii. Nifak
iv. Riddah
b. Dosa besar Lari dari medan perang
i. Menipu dan berbohong
ii. Mencuri
iii. Ketagih Dadah

2. IBADAH
a. Haji
i. Erti haji
ii. Perkara wajib haji
b. Aqiqah Erti aqiqah
i. Syarat sah
ii. Hikmah
c. Muamalat Hutang
i. Insurans
ii. Saham
3. SIRAH/TAMADUN
a. Saidina Osman Polisi
i. Jasa dan sumbangan
b. Saidina Ali Polisi
i. Jasa dan sumbangan
c. Khulafak Arrasyidin Pengertian khulafak
i. Dasar pentadbiran
ii. Kesan membelakangi kepimpinan khulafak
d. Kerajaan Bani Umayyah Beza tentera zaman khulafak dan tentera
Bani Umayyah
i. Tujuan tingkatkan kekuatan
e. Imam Malik Riwayat
i. Sifat peribadi
ii. Bukti Malik kasih pada Rasulullah
iii. Sumbangan
f. Imam Syafei Riwayat
i. Sifat peribadi
ii. Pendidikan
iii. Sumbangan
iv. Bukti Syafei memiliki akal pintar
g. Imam Bukhari Riwayat
i. Sifat peribadi
ii. Sumbangan
iii. Langkah Bukhari berhati-hati dalam proses pengumpulan hadis
4. ADAB
a. Amar Makruf Nahi Munkar Hukum
i. Cara dan adab
ii. Sebab-sebab wajib
iii. Hikmat
iv. Akibat meninggalkan AMNM
b. Rekreasi Erti
i. Faedah
ii. Adab-adab
iii. Tingkah laku tidak beradab
iv. Strategi pengawalan
c. Menziarahi Jenazah
i. Adab ziarah
ii. perkara-perkara dilarang
iii. Hikmah beradab
d. Zikrullah Erti zikrullah
i. Adab berzikir
ii. Sebab perlu beradab
iii. Kerugian tidak berzikir
Kertas 2

1. Ayat Al-Quran kefahaman
a. Manusia perlu bersyukur
b. Hidayah milik Allah
c. Ciri-ciri mukmin berjaya
d. Nasihat Luqman Al-hakim
2. Hadis Kefahaman
a. Makanan yang baik
b. Perpaduan teras kemajuan
3. Ayat hafazan
a. Surah al-Mukminun
4. Hukum tajwid
a. Idgham maal ghunnah
b. Idgham bila ghunnah
c. Ikhfak hakiki
d. Izhar halki
e. Izhar syafawi
f. Mad arid lissukun
g. Mad wajib muttasil
h. Mad jaiz munfasil
i. Mad silah
j. Qalqalah
k. Wajibul ghunnah
5. Kemahiran jawi Menulis ayat rumi kepada jawi
6. Membaca jawi kepada tulisan rumi



















TAJUK TUDINGAN PENDIDIKAN ISLAM 1223/1
SPM 2008
TINGKATAN 5
Kertas 1

1. AKIDAH
- Iman mutiara hidup
i. Erti iman
ii. Erti kemanisan iman
iii. Cara mencapai kemanisan iman
- Ahli Sunnah Wal Jamaah
i. Prinsip-prinsip Ahli Sunnah
ii. Erti ASWJ
iii. Pandangan terhadap beberapa isu
- Ajaran sesat
i. Pengasas dan cirri-ciri kesesatan Bahai
ii. Ciri-ciri kesesatan Qadyani
iii. Pembahagian Syiah
2. IBADAH
- Perkahwinan
- Erti kahwin/nikah
- Erti meminang
- Perempuan yang haram dipinang
- Bilangan saksi
- Aqad
- Syarat dan kepentingan saksi
- Erti dan jenis mahar
- Hikmah mahar
- Hukum beri mahar
- Erti Walimatul urus
- Adab walimah
- Tujuan/hikmah walimah
- Penyelesaian masalah
- rumahtangga
- Iddah
i. Erti/jenis/tempoh/hak dan
- status/larangan/hikmah
- Nusyuz
i. erti/hukum/perkara yang membawa nusyuz/
- kesan/adab didik isteri nusyuz/cara
- memukul/langkah elak nusyuz
- Lian
i. erti/sebab berlaku/kesan/hikmah
- Kemahiran keibubapaan Kepentingan beri pendidikan Islam
- Akibat abai tanggungjawab terhadap anakanak
- Anak amanah Allah
i. Hukum ambil anak angkat
ii. Hikmah larangan membin anak angkat kepada
iii. bapa angkat
- Hadhanah Erti
i. Tempoh
ii. Sebab gugur hak hadhanah
iii. Syarat dapat hadhanah

3. SIRAH/TAMADUN
- Kerajaan Bani Abbasiyah Kesan kemajuan sains dan teknologi
- Faktor kemerosotan dan kegemilangan Islam
- Ibnu Khaldun
i. Riwayat hidup
ii. Sifat peribadi
iii. Sumbangan
- Sheikh Mohd Abduh
i. Riwayat hidup
ii. Sifat peribadi
iii. Sumbangan
4. ADAB
- Adab bermusafir Hukum
i. Adab sebelum dan semasa
ii. Kesan buruk tidak patuh adab
- Adab dengan pemimpin
i. T’gungjawab pemimpin
ii. T’gjawab rakyat
iii. Kepentingan beradab
iv. Kesan rakyat tidak taat
- Adab bersedekah/hadiah Erti sedekah/hadiah
i. Kepentingan memberi sedekah/hadiah
ii. Adab memberi sedekah
iii. Jenis-jenis sedekah
iv. Kesan bersedekah
Kertas 2
1. Ayat AlQuran kefahaman
a. Nabi Muhammad utusan Allah
b. Batas-batas pergaulan
c. Hidayah Allah
d. Peribadi mukmin
2. Hadis Kefahaman
a. Kehidupan dunia ibarat perantau
b. Orang beriman kekasih Allah
3. Ayat hafazan
a. Surah An-Nur : Ayat 35
b. Surah Al-Hasyr : 21-22
4. Hukum tajwid
a. Idgham maal ghunnah
b. Idgham bila ghunnah
c. Ikhfak hakiki
d. Izhar halki
e. Izhar syafawi
f. Mad arid lissukun
g. Mad wajib muttasil
h. Mad jaiz munfasil
i. Mad silah
j. Qalqalah
k. Wajibul ghunnah
5. Kemahiran jawi Menulis ayat rumi kepada jawi
6. Membaca jawi kepada tulisan rumi

SPM sudah bermula......


Ahad, 12 Oktober 2008

Tips2 Menghadapi Peperiksaan

1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)
2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)
20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula

Peperiksaan

Tanyalah pada setiap pelajar, saya pasti jawapannya tidak kerana menjelang peperiksaan dianggap saat menyeksakan bukan saja terpaksa mengulang kaji pelajaran tapi perlu memastikan kejayaan dalam genggaman.suka menghadapi peperiksan ?Malangnya, setiap pelajar di negara ini tidak boleh mengelak daripada menghadapinya. Ia bukan saja sebagai medan ujian untuk menentukan pencapaian seseorang tapi penentu sama ada berjaya atau tidak meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi.Kenapa mesti menghadapi peperiksaan? Tidak bolehkah pencapaian pembelajaran seseorang hanya dinilai ketika di sekolah?Sistem peperiksaan walaupun tidak disukai, sebenarnya satu mekanisme terpenting untuk menjana kecemerlangan pelajar dalam akademik.Melaluinya, penilaian boleh dinilai sama ada pelajar itu berjaya mengikuti sesi pembelajaran di sekolah atau tidak, melihat keupayaan dalam menerima arahan dan sebagainya.Kerana itu, peperiksaan diiktiraf sebagai elemen terpenting dalam industri pendidikan negara walaupun tidak dinafikan di sesetengah negara, peperiksaan terutama bertulis tidak terlalu dititik beratkan.Peperiksaan juga antara platform terbaik menentukan pencapaian dan pemahaman pelajar. Melalui peperiksaan, prestasi setiap daripada mereka dinilai seterusnya menentukan kedudukan dalam darjah mahupun melanjutkan pengajian.Jika kurang memuaskan, pelajar boleh menjadikan keputusan peperiksaan sebagai rujukan supaya lebih berusaha sekali gus menyediakan garis panduan untuk menjadi cemerlang.Pada masa sama, peperiksaan mendorong pelajar supaya lebih rajin mentelaah dan menjana kemampuan berfikir, menghafal, menulis dan memahami.Untuk tujuan itu, setiap guru bertanggungjawab dalam memastikan setiap pencapaian pelajar. Kalau mereka lemah, perlu tahu apa sebabnya dan jika cemerlang, patut menggunakan pendekatan itu untuk pelajar lain.Jika pelajar bermasalah, perlu tahu bagaimana mahu mengatasinya sejak awal bagi memastikan apabila menjelang peperiksaan, mereka sekurang-kurangnya mampu lulus melepasi tahap ditentukan walaupun bukan cemerlang.Sistem yang dilaksanakan kini menuju ke arah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Melalui sistem ini pelajar ditaksir sendiri guru sekali gus mampu menilai setakat mana kemampuan mereka.Ia juga dapat memberitahu guru mengenai kumpulan pelajar sasaran yang perlu diperbaiki seterusnya membantu meningkatkan pencapaian mereka.Perhubungan dua hala mampu diwujudkan dan sistem pembelajaran boleh dijalankan dengan lancar kerana ada interaksi antara guru dan pelajar. Sekiranya bermasalah, boleh diperbaiki kerana pada masa sama pelajar memperoleh sokongan moral daripada guru.Dunia peperiksaan sebenarnya merangkumi disiplin penting yang harus diberi perhatian khusus bukan saja oleh pelajar tapi juga guru. Ia mengajar seseorang supaya mementingkan tahap kebajikan, kesihatan, kecacatan, latar belakang keluarga hingga persekitaran. Semua perlu diambil perhatian sebelum menduduki peperiksaan.Justeru, pelajar tidak harus gentar dengan peperiksaan. Ia satu wadah menjadikan seseorang lebih bijak dan bertanggungjawab dengan diri sendiri.Peperiksaan adalah tahap meningkatkan keupayaan diri untuk berjaya sekali gus memberi kesan kepada sosio ekonomi dan kebanggaan negara. Ia juga membalas jasa ibu bapa dan guru jika berjaya dengan cemerlang

Selamat Menghadapi PMR Buat Pelajar SMK Sungai Acheh


Sabtu, 11 Oktober 2008

Bring Back The Smile

In a war torn country a sister was separated from his younger brother. Been missing for 6 months she feared the worst - his brother, the one she cared for and loved the most is shot dead by the enemy. She can't even bear to see the door of his brother's room. Her mind keep recalling how his brother would happily come out of it, greet everybody and eager to learn new things. His smile, his laughter, his energy - she sorely miss it. The pain is so much that smile began to fade from her face. One day, her smile was gone. Together with her voice and her will to live.
She saw troops coming, but it is not the enemies. They are peacekeepers and relief workers. The troops seems to be looking for something, using devices that looks like mine detectors. But that's odd as the place have been cleared of mines last week. Then the troops started digging. Not just a few troop but almost the whole squad together with machinery. As they dig deeper and deeper only then she realize what they are doing. They are digging a mass grave, a proof of the enemy's ruthlessness.
Lots of bodies are uncovered. The stench unbearable. The bodies wrangled like vines of a writhing tree.
"My brother is one of them," she said to herself.
That breaks her heart.
The troops worked round the clock to identify each body. Using whatever tools and information that they have to put a name to the lifeless bodies.
True enough, her fears come true. The news hit her like a rushing train. She felt herself being knocked out of this world. She lost the reason to live, the world is meaningless to her.
The troops symphatize her but they are hapless in the matters of the heart. They can't even say soothing words to her as they don't speak her language. Then come a small relief team, not troops but an NGO. The troops meet up with the group and asked, "Do you have a psychiatrist among you?".
The group leader pointed to the team psychiatrist - a doctor. The troop told him of the story of the girl and then bring the doctor to her.
The doctor also don't speak the girl's language yet he shared the same faith as her. As opposed to the troops whom doesn't have anything in common with her. The doctor counselled her through an interpreter, a fellow sister whom her study for a degree halted because of the war. The interpreter not only convey the words from the doctor to the girl and vice versa but also together with the emotions. The doctor reminds her to hold fast to God, and the reasons why she must go on with life.
That opened her heart a little. She began to smile again after months without any smile.
The doctor thanked Allah, grateful that he helped to bring back a smile, and a life.

Air Mata Tafakur Ramadhan

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong. “Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian. Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!” Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW:
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku harapkan”.Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. “Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi… “Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?” Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu… “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyekat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah… Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!” Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”. “Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya. “Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka. Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah cela”. “Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata. Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu” "Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Isnin, 6 Oktober 2008

Gambar Sekitar Majlis Perasmian Minggu Panitia PI 2008






















Contoh Soalan & Jawapan

Perkara yang membatalkan Iman
1. Apakah maksud syirik?
a. Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

2. Nyatakan bahagian syirik
a. Syirik Khafi iaitu syirik tersembunyi tidak meletakkan Allah sebagi yang mutlak dalamniat terutama dalam ibadat contoh riak/ takbur
b. Syirik Jali iaitu perlakuan syirik secara jelas dan terang contoh menyembah berhala

3. Jelaskan kesan syirik kepada individu
a. Membatalkan iman
b. Berdosa besar
c. Dibenci oleh masyarakat

4. Nyatakan pengertian nifak
a. Iaitu berpura-pura melahirkan keimanan kepada Allah sedangkan hatinya tetap kufur

5. Terangkan kesan keburukan perbuatan nifak
a. Masyarakat berpecah belah
b. Melemahkan persaudaraan umat Islam
c. Membantut pembangunan Negara
d. Menghancurkan umat Islam

6. Jelaskan cara anda menjauhi diri daripada nifak
a. Setiasa waspada dalam pergaulan
b. Berusaha mendalami ilmu agama
c. Menjauhi sebarang perbuatan sia-sia

Kunci Jawapan Soalan Umum Dan KBKK bagi Soalan kertas 1 bahagian B dan Soalan kertas 2

Bentuk Soalan
Skema Jawapan

Semak
1
Sebab/
Punca/
Faktor
Yang mendorong melakukan perkara baik/positif
· Iman yang kukuh/ mantap
· Pengetahuan agama yang mendalam
· Terpengaruh unusr luar yang positif
· Dapat mengawal hawa nafsu
· Sering melakukan amal ibadat
· Memperbanyakan doa kepada Allah
· Sering bertaubat di atas dosa yang dilakukan
· Mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan kemungkaran










2
Sebab/
Punca/
Faktor
Yang mendorong melakukan perkara buruk /negatif
· Iman yang tidak mantap
· Kurang pendidikan agama
· Terpengaruh rakan sebaya
· Kurang kasih sayang ibubapa
· Masyarakat tidak prihatin
· Pengaruh keduniaan/ kebendaan
· Terpenagruh dengan hawa nafsu
· Terpengaruh dengan media massa
· Tidak melaksanakan perintah Allah
· Tidak membaca doa dan menghayati al-Quran
· Tidak mendengar nasihat alim ulamak
· Makan makanan haram/ rasuah/ judi



KESAN POSITIF/ HIKMAH/ FAEDAH/AKIBAT/ KEPENTINGAN/KEUNGGULAN AMALAN POSITIF


Bentuk Soalan
Skema Jawapan
Semak

1
Kesan positif
Hikmah/
Faedah/
Akibat/
Kepentingan/
Keunggulan sesuatu amalan baik kepada individu muslim

· Dikasihi oleh Allah
· Dihormati oleh masyarakat
· Melahirkan individu yang berjiwa murni dan luhur
· Jiwa tenang
· Hidup diberkati
· Maruah terjaga
· Akidah terpelihara






Bentuk Soalan
Skema Jawapan
Semak

2
Kesan positif
Hikmah/
Faedah/
Akibat/
Kepentingan/
Keunggulan sesuatu amalan baik kepada masyakarat

· Hidup aman dan damai
· Syiar Islam berkembang
· Menjalin silaturahim
· Masyarakat bekerjasama
· Pembangunan pesat
· Masyarakat dilimpahi rahmat/ diredai Allah

3
Kesan positif
Hikmah/
Faedah/
Akibat/
Kepentingan/
Keunggulan sesuatu amalan baik kepada Negara

· Islam tersebar
· Taraf hidup meningkat
· Negara aman dan damai
· Negara menjadi maju/ pembangunan pesat
· Umat Islam bertambah kuat
· Ekonomi betambah teguh
· Akan disegani negara lain




KESAN NEGATIF / HIKMAH DILARANG/ AKIBAT BURUK/ SEBAB DILARANG/ DIHARAMKAN DARI AMALAN NEGATIF

Bentuk Soalan
Skema Jawapan
Semak

1
Kesan negatif/akibat
Hikmah dilarang/
Fkibat buruk/
Sebab dilarang /
Diharankan sesuatu amalan buruk pada diri individu

· Dimurkai Allah
· Dibenci oleh masyarakat/ hidup terasing
· Jiwa tidak tenteram
· Maruah diri tercemar
· Iman semakin berkurangan
· Dihukum Qisas/ hudud semasa di dunia


2
Kesan negatif/akibat
Hikmah dilarang/
Fkibat buruk/
Sebab dilarang /
Diharankan sesuatu amalan buruk pada kelurga/masyarakat

· Kelurga/masyarakat akan porak peranda
· Keluarga akan dipulaukan masyarakat
· Keluarga/ masyarakat akan dimurkai/ dilaknat oleh Allah
· Keluarga/ masyarakat sentiasa susah/ miskin
· Maruah keluarga/ masyarakat tercemar/ hina

3
Kesan negatif/akibat
Hikmah dilarang/
Fkibat buruk/
Sebab dilarang /
Diharankan sesuatu amalan buruk pada negara

· Negara menjadi mundur
· Ekonomi Negara semakin miskin
· Berlaku perpecahan kaum
· Banyak berlaku pergaduhan/permusuhan
· Pembanguna Negara terbantut
· Negara akan mudah dijajah oleh kuasa asing
· Dilaknat oleh Allah/ mendapat bala daripada Allah



Kesan negatif/akibat
Hikmah dilarang/
Fkibat buruk/
Sebab dilarang /
Diharankan sesuatu amalan buruk pada agama



· Maruah agama rosak/ dihina
· Sukar mengembangkan Islam
· Maruah umat Islam tercemar


CARA MENGATASI


Bentuk Soalan
Skema Jawapan
Semak

1
Cara mengatasi
· Tingkatakan keimanan
· Menguatkuasakan/ mengetatkan undang-undang
· Mengenakan hukuman hudud/berat/qisas
· Mengadakan kempen/ seminar berkaitan dengannya
· Membaca dan menghayati al-Quran
· Melaksnakan semua perintah Allah
· Menjauhi segala larangan Allah
· Masyarakat prihatin/ member teguran/ melaporkan kepada pihak berkenaan
· Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
· Mematuhi arahan pemimpin Negara
· Menegakkan keadilan Allah
· Menutup / menghapuskan tmpat maksiat
· Ibubapa mesti berperanan mendidik anak-anak
· Mendengar nasihat alim ulama’
· Mengawal media massa
· Mengawal hiburan



2
Cara mengatasi/ aplikasi/ cara yang meminta jawapan yang berbentuk perlakuan
· Melaksanakan ibadt wajib
· Membaca dan menghayati al-Quran
· Sentiasa berzikir
· Sentiasa berdoa kepada Allah
· Menghadiri majlis ilmu keagamaan/ akademik





Bentuk Soalan
Skema Jawapan
Semak

3
Soalan bagi sikap atau sifat
· Bertawakal setelah berusaha
· Redha dengan ketentuan Allah
· Sabar dengan ujian Allah
· Qanaah /berpada dengan apa yang ada
· Amanah dalam menjalankan tugas
· Ikhlas melakukan sesuatu
· Rajin berusaha/ tidak berputus asa
· Sentiasa mengingati Allah
· Menepati masa
· Menjaga disiplin
· Sentiasa berhati-hati
· Takut melakukan maksiat

Tajuk-tajuk fokus SPM 2008

1. Perkara-perkara membatalkan iman
2. Dosa-dosa besar yang membawa kemurkaan Allah
3. Tuntutan bertaubat
4. Iman mutiara hidup
5. Akidah ahli Sunnah Wal Jamaah
6. Ajaran sesat
7. Wajib haji dan Umrah
8. Jual beli dan sewa
9. Perkahwinan dalam islam
10. Kaifiat Perkahwinan dalam Islam
11. Masalah Rumah Tangga dan penyelesaiannya
12. Poligami
13. Anak amanah Allah
14. Kerajaan Khulafak ar-Rasyidin
15. Perkembangan ekonomi zaman abbasiah
16. Kegemilangan dan keajatuhan kerajaan Abbasiah
17. Al-Syiekh Muhamad Abduh Tokoh Islam Agung
18. Adab menziarahi jenazah
19. Adab dengan rasul
20. Adab bernegara
21. Adab memelihara alam
22. Manusia Perlu bersyukur
23. Larangan mempersendakan agama
24. Hidayah Milik Allah
25. Ciri-ciri mukmin yang Berjaya
26. Nasihat lukman al-Hakim
27. Makanan yang baik
28. Batas-batas pergaulan
29. Kemuliaan al-Quran
30. Orang beriman kekasih Allah

Ulangkaji Berfokus

Asalamualaikum buat semua pelajar SPM SMK Sungai Acheh Tahun 2008 pastikan anda memiliki buku Ulangkaji Berfokus SPM Kertas 1 & 2... Jadikanlah buku tersebut bahan ulangkaji yang dapat membantu anda menghadapi SPM nanti
Salam dari
Panitia Pendidikan Islam
SMK SA

Ahad, 28 September 2008

Assalamualaikum

Pengenalan Dari Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal Pulau Penang.
Bermula Operasi pada 28 September 2008..
Semoga para pelajar mendapat manfaat darinya.
salam hormat
Mohd Zaidi Mohd Zain
Ketua Panitia SMKSA