Selasa, 15 September 2009

TAJUK PENTING SPM 2009

Kertas Satu
1. Maksud taubat / Syarat taubat diterima / Hikmah taubat
2. Maksud syirik / Contoh syirik /
3. Maksud kufur / Bahagian kufur / Faktor menyebabkan seseorang itu kufur / Kesan buruk syirik kepada indvidu
4. Maksud munafik / Tanda-tanda munafik
5. Maksud ahli sunnah waljamaah / Prinsip-prinsip akidah ahli sunnah waljamaah /Sumber pegangan ahli sunnah waljamaah
6. Cara meantapkan akidah supaya tidak mudah terpesong
7. Langkah mengatasi ajaran sesat
8. Maksud khawarij / Prisnip khawarij
9. Maksud jual beli / Syarat barangan jual beli yang sah / Jenis jual beli dilarang tetapi sah
10. Bilakah ibadat korban disunatkan melakukannya / Syarat sah korban / Perbezaan korban dengan sembelihan
11. Maksud gadaian / Sebab membatalkan gadaian / Perbezaan gadaian islam dengan bukan islam
12. Tanggungjawab suami / Kesan pengabaian tangunggjwab
13. Hokum perkahwinan menjadi haram bila / Kebaikan perkahwinan dari sudut membendung gejala sosial
14. Jenis-jenis mahar / Syarat sah mahar / Hikmah diwajibkan mahar
15. Menerap sifat benar terhadap guru
16. Akibat membelakangi kempimpinan Khulafa ar-Rashidin / Ciri kepimpinan khulafa’ ar-arshidin
17. Polisi yang dilakukan Khalifah uthman affan
18. Jenis ketenteraan zaman Bani umaiyah / Perbezaan ketenteraan Umaiyah dengan Khulfa’ ar-Rashidin
19. Kraya Imam Ahmad Ibn Hambal/ Latar belakang pendidkan beliau
20. Sifat imam malik yang boleh dicontohi / Penghormatan imam malik terhadap hadis Rasulullah
21. Sebab abu nukman bin Thabit dikenali sebagai abu hanifah / Sumbangan abu hanifah
22. Hukum menziarahi dan menjaga orang sakit / Hujjah bahawa orang sakit perlu dijaga
23. Larangan berhias diri selain membuat tatu dibadan / Hikmah menitib berat berhias diri
24. Erti rekreasi / Ciri tempat rekreasi yang baik / Hikmah beradab ditempat rekreasi
25. Faktor perkembangan sains dan teknologi zaman Abbasiah / Kesan penemuan sains dan teknologi zaman tersebut
26. Tindakan anda menyebarkan dakwah islam dalam kalangan masayarakat sekolah
27. Faktor mendorong penyebara islam zaman abbasiyah / Kesan positif penyebaran tersebut
28. Pernana baitul mal zaman abbsiah / Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat
29. Maksud islam gerakan Syed Jamaluddin / Keperluan idea islah
30. Sumbangan hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran
31. Nama hasil penemuan ibnu sina dalam bidang farmasi / Contoh kegigihan beliau dalam mencarai ilmu
32. Tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat /Ciri pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi rakyat
33. Adab ketika menziarahi jenazah / Perkara yang dularang ketika menziarahi jenazah
34. Jenis sedekah yang dianjurkan oleh Islam / Kelebihan memberi sedekah
Kertas Dua
1. Ayat kefahaman
a. Surah al-An’am : Ayat 70 / ayat 125 / ayat 162 -165 / ayat 6/ ayat 50
b. Luqman ayat 17
c. At-Taubah ayat 128-129/ ayat 6/
d. Al-Hasyr ayat 21
e. Al-Sajadah ayat 15
f. Al-Mukminun ayat 2-4
g. An-Nur ayat 30-31
2. Lengkapkan ayat
a. Luqman ayat 15/ ayat 16
b. Al-Mukiminu ayat 5-8
3. Susunkan ayat
a. Luqman ayat 13
b. Al-Mukminun ayat 1-4
c. Al-Hasyr ayat 23
4. Hadis:
a. Makanan yang baik
b. Perpaduan Teras Kemajuan
c. Kehidupan di Dunia Ibarat seorang perantau
d. Orang mukmin kekasih Allah

Selasa, 1 September 2009

Hikmat Sembunyi 5 Masa

Antara hikmat di mana Allah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan disebaliknya iaitu :

1. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam suatu malam daripada Ramadhan supaaya kita sentiasa menghidupkan malam-malam itu dengan amal ibadat tanpa mengkhususkan suatu malam tertentu sahaja

2. Allah menyembunyikan saat dimakbulkan doa pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa sepanjang harinya

3. Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenciNya bagi memastikan kita sentiasa menghindari segala maksiat

4. Allah menyembunyikan waktu berlakunya qiamat supaya kita sentiasa beringat, berhati-hati dan beriman serta bertaqwa dan beramal soleh sepanjang masa

5. Allah menyembunyikan ajal manusia iaitu masa mati supaya kita sentiasa beramal ibadat dan mentaati Allah sepanjang waktu

Kelebihan Hayati Al-Quran

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w bermula pada bulan Ramadhan Mubarak. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun ‘alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
- Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan ‘Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim

Rujukan
1. Bassam Abdul Wahab,At-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran li Imam Nawawi, Darul Basyair, cet. kedua 1996

Doa Bertemu Lailatul Qadar

اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka pada kemaafan maka maafkanlah kami

Ahad, 16 Ogos 2009

10 Gambaran Perempuan Dalam Neraka

1. Perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak kerana tidak menutup rambut daripada bukan mahramnya.

2. Perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tengkok) kerana menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya

3. Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya

4. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya

5. Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang

6. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang asing (halal nikah), bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain

7. Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana dia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah

8. Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta

9. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya

10. Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya

Umat Islam umat terbaik

SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: Selepas Allah menceritakan dalam ayat-ayat terdahulu berkenaan kelebihan orang yang beriman daripada yang lain kerana mereka mengambil hukum Islam, mengambil hidayah daripadanya,

membentuk jemaah yang utama lagi mulia, yang beriman dengan Allah melakukan amal makruf nahi munkar dan begitu juga saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Kemudian Allah menceritakan pula golongan ahli kitab yang memusuhi orang Islam.

Ayat ke-111

Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya), sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.

Sebab Nuzul

Ayat ini diturunkan kerana ketua-ketua orang Yahudi di Madinah telah mengganggu dan menyakiti orang-orang yang masuk Islam dari golongan mereka seperti Abdullah bin Salam dan sahabat-sahabatnya. Oleh yang demikian Allah SWT menurunkan ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: “Allah mengkhabarkan kepada hamba-nya yang beriman berita gembira tentang kemenangan mereka terhadap ahli kitab dan golongan kafir”.

ii. Al-Alusi berkata: “Ayat ini menjadi dalil yang nyata berkenaan dengan kenabian Muhammad SAW kerana perkhabaran yang ghaib telah mengesahkan realiti yang sebenar.

iii. Al-Hassan berkata: “Dakwaan mereka adalah pendustaan terhadap Allah”.

Ringkasnya, mereka ini tidak lagi memiliki harga diri dan rasa kebesaran kerana kekuasaan dan kerajaan telah hilang daripada diri mereka.

Sesungguhnya rasa kebesaran itu hanya dapat kembali semula kepada mereka dengan bantuan orang luar serta melalui dua bentuk perjanjian, iaitu perjanjian yang telah ditetapkan Allah SWT dan perjanjian yang berlaku di kalangan manusia.

iv. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Kata yadhurrikum diambil dari kata dharar, yang difahami oleh ulama dalam erti menyakitkan badan, sedang kata adza difahami dalam erti gangguan yang menyentuh perasaan yang amat terkesan dalam jiwanya.

Sebab itu terjemahan di atas menggunakan kata tetapi gangguan-gangguan saja. Ada juga yang memahami kata adza sebagai mudarat sehingga mereka menterjemahkannya: Sekali-kali mereka tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, kecuali mudarat yang bersifat cemuhan sahaja.

v. Hamka berkata: “Orang yang beriman bersedia mati syahid dalam imannya. Si fasiq hanya mencintai hidup.

Oleh sebab itu peringatan yang dikemukakan Tuhan di dalam ayat ini untuk kita jadikan pedoman mengukuhkan semangat Islam dengan terus berdakwah, berani menegakkan kebenaran dan berjihad di jalan Allah SWT.

Dalam ayat ini ada tiga kegembiraan daripada perkhabaran yang ghaib iaitu:

i. Gangguan musuh-musuh Islam tidak akan menjejaskan umat Islam.

ii. Jika mereka menentang umat Islam di medan pertempuran mereka akan undur kerana kekalahan yang dialami sangat teruk.

iii. Mereka tidak mendapat pertolongan.

Ketiga-tiga kegembiraan ini benar-benar telah berlaku. Benarlah janji-janji Allah SWT dan akhirnya orang-orang Islam akan memelihara agamanya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Ayat ke-112

Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintah-Nya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Jauzi berkata: “Maksud tali di sini ialah perjanjian. Inilah pendapat Ibn Abbas, Ata’, al-Dhahaq, al-Qatadah, al-Suddi dan Ibn Zaid.

ii. Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata: “Allah sifatkan orang yang beriman dengan tiga sifat iaitu:

* Bersyukur kerana syukur itu pertama ketaatan.

* Sabar kerana iman hasil yang pertama dari syukur membawa menahan pencegahan daripada mengikut hawa nafsu.

* Reda.

Mereka (bangsa Yahudi) tetap berada dalam suasana yang bercerai-berai di mana-mana penjuru dunia mereka berada dan dianggap golongan minoriti, memencil dari penguasaan teknik berperang, menjauhkan diri daripada kegiatan bertani.

Ini kerana mereka sibuk memusatkan perhatian kepada manipulasi kekayaan dengan cara yang paling mudah dan pengembangan keuntungan yang paling besar, dan dengan risiko yang paling kecil, iaitu melalui amalan riba.

Allah SWT telah menyebutkan punca mereka melakukan perbuatan yang seperti itu menerusi firman Allah SWT.

iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Kata habl atau tali dalam ayat ini diulang dua kali dan keduanya dijelaskan dari siapa.

“Yang pertama dari Allah SWT dan kedua dari manusia. Pengulangan kata yang sama dengan bentuk definisi yang sama mengisyaratkan bahawa ia adalah berbeza di antara satu sama lain. Tali yang dihulur oleh Allah SWT adalah tali agama.

“Jika berpegang teguh dengannya mereka tidak akan terkena balasan yang disebut di atas. Atas dasar itu, mufasir memahami kehinaan dan kerendahan yang mereka alami adalah dalam pandangan hukum agama, bukan sekadar berita yang mereka alami itu adalah kenyataan hidup berdasarkan qada dan qadar ilahi.

iv. Hamka berkata: “Dari ayat ini kita mendapat ilmu tentang kenaikan dan keruntuhan suatu kaum, golongan atau bangsa. Allah SWT menjamin umat Nabi Muhammad SAW menjadi khaira ummatin (umat terbaik)”.

v. Al-Sonhadji berkata: “Kehinaan di sini dimaknakan oleh para ahli tafsir (mufasirin) dengan bermacam-macam iaitu: pembunuhan, perhambaan, penawanan dan pembayaran jizyah”.

Ayat ini menjelaskan bahawa penghinaan tersebut tidak akan lenyap selagi mereka belum berpegang dengan tali Allah SWT iaitu janji-Nya yang juga janji mereka dahulu dengan Allah untuk memeluk Islam dan berpegang dengan tali perdamaian iaitu menjadi Ahli Zimmah (orang yang dilindungi dengan pembayaran jizyah ).

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa berqiamullail dan membaca al-Quran seterusnya mengamali dalam kehidupan.

Rahsia Solat di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya