Ahad, 30 November 2008

Sampai Bilakah?


Sekarang ini musim haji. Musim umat Islam menuju Baitullah. Di sana mereka menjadi tetamu Allah. Mereka bersimpuh penuh kerendahan. Menghadapkan wajah dan hati kepada Tuhan.

Makkah adalah sejarah. Ia tempat lahirnya insan agung. Muhammad bin Abdullah yang membawa cahaya iman. Itulah hidayah yang tidak ternilai harganya. Muhammadlah manusia yang menempuh payah demi iman. Hingga akhirnya Makkah kekal menjadi tumpuan manusia, memohon doa dan maghfirah.

Hikmah haji amatlah banyak. Disebutkan ia sebagai muktamar umat Islam sedunia. Berkumpul dengan satu agenda. Di samping menunaikan rukun Islam kelima, juga mengeratkan ukhuwwah dan memadukan solidariti sesama kita. Akhirnya akan terpancarlah aura agama, terserlah wibawa kita. Lambang utuhnya manusia bersatu dalam relung akidah yang sama. Menyembah Allah Tuhan yang Esa, mematuhi rasul yang sama, berpandukan kepada al-quran yang sama dan menghadap kiblat yang sama.

Mutakhir ini, sayangnya haji bukan lagi medan muhasabah sesama umat. Ia bahkan medan nafsu-nafsi. Masing-masing berpuak-puak. Masing-masing mendabik dada dengan bendera sendiri. Bangga kerana berasal dari Malaysia, kerana mendapat keistimewaan yang lebih daripada penguasa Arab. Yang lain mungkin kesal datang dari negeri yang dipalit fitnah, disergah pula bak anjing kurap!

Maka, Makkah bukan lagi medan penyatuan, lurah perpaduan dan gelanggang kekuatan. Inilah hasil fitnah para musuh Allah. Menyemai benih assabiyah yang keterlaluan. Menyemai semangat amat cintakan watan. Menyuntik aliran nasionalisme yang merentasi agama sebagai sempadan.

Sampai bilakah Makkah hanya menjadi saksi amalan fardu yang ritual. Berpusingan tujuh kali di sisi kaabah, saie sambil-sambil mengenang kisah, melontar jamrah dan bermalam di Mina serta Arafah?

Sampai bilakah?

Sabtu, 15 November 2008

Majlis Solat Hajat & Izin Ilmu Kali ke 2 ( SPM 2008 )


Keutamaan seorang pelajar dalam menuntut ilmu ialah mendapat restu gurunya.Guru umpama lilin amat besar pengorbanannya.Ilmu dan pengalaman yang dicurahkan amat tinggi nilainya.Ianya dapat mempengaruhi perjalanan kehidupan seseorang kelak.Ilmu yang berkat mendatangkan kesenangan dalam hidup.

Tajuk Tumpuan Ulangkaji SPM 2008

TAJUK TUDINGAN PENDIDIKAN ISLAM 1223/1
SPM 2008
TINGKATAN 4
Kertas 1
1. AKIDAH
a. Konsep Iman/membatalkaniman
i. Khurafat
ii. Sihir
iii. Nifak
iv. Riddah
b. Dosa besar Lari dari medan perang
i. Menipu dan berbohong
ii. Mencuri
iii. Ketagih Dadah

2. IBADAH
a. Haji
i. Erti haji
ii. Perkara wajib haji
b. Aqiqah Erti aqiqah
i. Syarat sah
ii. Hikmah
c. Muamalat Hutang
i. Insurans
ii. Saham
3. SIRAH/TAMADUN
a. Saidina Osman Polisi
i. Jasa dan sumbangan
b. Saidina Ali Polisi
i. Jasa dan sumbangan
c. Khulafak Arrasyidin Pengertian khulafak
i. Dasar pentadbiran
ii. Kesan membelakangi kepimpinan khulafak
d. Kerajaan Bani Umayyah Beza tentera zaman khulafak dan tentera
Bani Umayyah
i. Tujuan tingkatkan kekuatan
e. Imam Malik Riwayat
i. Sifat peribadi
ii. Bukti Malik kasih pada Rasulullah
iii. Sumbangan
f. Imam Syafei Riwayat
i. Sifat peribadi
ii. Pendidikan
iii. Sumbangan
iv. Bukti Syafei memiliki akal pintar
g. Imam Bukhari Riwayat
i. Sifat peribadi
ii. Sumbangan
iii. Langkah Bukhari berhati-hati dalam proses pengumpulan hadis
4. ADAB
a. Amar Makruf Nahi Munkar Hukum
i. Cara dan adab
ii. Sebab-sebab wajib
iii. Hikmat
iv. Akibat meninggalkan AMNM
b. Rekreasi Erti
i. Faedah
ii. Adab-adab
iii. Tingkah laku tidak beradab
iv. Strategi pengawalan
c. Menziarahi Jenazah
i. Adab ziarah
ii. perkara-perkara dilarang
iii. Hikmah beradab
d. Zikrullah Erti zikrullah
i. Adab berzikir
ii. Sebab perlu beradab
iii. Kerugian tidak berzikir
Kertas 2

1. Ayat Al-Quran kefahaman
a. Manusia perlu bersyukur
b. Hidayah milik Allah
c. Ciri-ciri mukmin berjaya
d. Nasihat Luqman Al-hakim
2. Hadis Kefahaman
a. Makanan yang baik
b. Perpaduan teras kemajuan
3. Ayat hafazan
a. Surah al-Mukminun
4. Hukum tajwid
a. Idgham maal ghunnah
b. Idgham bila ghunnah
c. Ikhfak hakiki
d. Izhar halki
e. Izhar syafawi
f. Mad arid lissukun
g. Mad wajib muttasil
h. Mad jaiz munfasil
i. Mad silah
j. Qalqalah
k. Wajibul ghunnah
5. Kemahiran jawi Menulis ayat rumi kepada jawi
6. Membaca jawi kepada tulisan rumi



















TAJUK TUDINGAN PENDIDIKAN ISLAM 1223/1
SPM 2008
TINGKATAN 5
Kertas 1

1. AKIDAH
- Iman mutiara hidup
i. Erti iman
ii. Erti kemanisan iman
iii. Cara mencapai kemanisan iman
- Ahli Sunnah Wal Jamaah
i. Prinsip-prinsip Ahli Sunnah
ii. Erti ASWJ
iii. Pandangan terhadap beberapa isu
- Ajaran sesat
i. Pengasas dan cirri-ciri kesesatan Bahai
ii. Ciri-ciri kesesatan Qadyani
iii. Pembahagian Syiah
2. IBADAH
- Perkahwinan
- Erti kahwin/nikah
- Erti meminang
- Perempuan yang haram dipinang
- Bilangan saksi
- Aqad
- Syarat dan kepentingan saksi
- Erti dan jenis mahar
- Hikmah mahar
- Hukum beri mahar
- Erti Walimatul urus
- Adab walimah
- Tujuan/hikmah walimah
- Penyelesaian masalah
- rumahtangga
- Iddah
i. Erti/jenis/tempoh/hak dan
- status/larangan/hikmah
- Nusyuz
i. erti/hukum/perkara yang membawa nusyuz/
- kesan/adab didik isteri nusyuz/cara
- memukul/langkah elak nusyuz
- Lian
i. erti/sebab berlaku/kesan/hikmah
- Kemahiran keibubapaan Kepentingan beri pendidikan Islam
- Akibat abai tanggungjawab terhadap anakanak
- Anak amanah Allah
i. Hukum ambil anak angkat
ii. Hikmah larangan membin anak angkat kepada
iii. bapa angkat
- Hadhanah Erti
i. Tempoh
ii. Sebab gugur hak hadhanah
iii. Syarat dapat hadhanah

3. SIRAH/TAMADUN
- Kerajaan Bani Abbasiyah Kesan kemajuan sains dan teknologi
- Faktor kemerosotan dan kegemilangan Islam
- Ibnu Khaldun
i. Riwayat hidup
ii. Sifat peribadi
iii. Sumbangan
- Sheikh Mohd Abduh
i. Riwayat hidup
ii. Sifat peribadi
iii. Sumbangan
4. ADAB
- Adab bermusafir Hukum
i. Adab sebelum dan semasa
ii. Kesan buruk tidak patuh adab
- Adab dengan pemimpin
i. T’gungjawab pemimpin
ii. T’gjawab rakyat
iii. Kepentingan beradab
iv. Kesan rakyat tidak taat
- Adab bersedekah/hadiah Erti sedekah/hadiah
i. Kepentingan memberi sedekah/hadiah
ii. Adab memberi sedekah
iii. Jenis-jenis sedekah
iv. Kesan bersedekah
Kertas 2
1. Ayat AlQuran kefahaman
a. Nabi Muhammad utusan Allah
b. Batas-batas pergaulan
c. Hidayah Allah
d. Peribadi mukmin
2. Hadis Kefahaman
a. Kehidupan dunia ibarat perantau
b. Orang beriman kekasih Allah
3. Ayat hafazan
a. Surah An-Nur : Ayat 35
b. Surah Al-Hasyr : 21-22
4. Hukum tajwid
a. Idgham maal ghunnah
b. Idgham bila ghunnah
c. Ikhfak hakiki
d. Izhar halki
e. Izhar syafawi
f. Mad arid lissukun
g. Mad wajib muttasil
h. Mad jaiz munfasil
i. Mad silah
j. Qalqalah
k. Wajibul ghunnah
5. Kemahiran jawi Menulis ayat rumi kepada jawi
6. Membaca jawi kepada tulisan rumi

SPM sudah bermula......