Rabu, 12 Ogos 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009



Mulai hari 10 Ogos 2009 , pelajar -pelajar tingkatan 3 menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2009. Semua warga sekolah mengucapkan Selamat Maju Jaya.Diharapkan para pelajar menduduki peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab soalan - soalan dengan baik. Semoga mendapat keputusan yang Cemerlang.Para pelajar juga diingatkan untuk menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga - jaga untuk mengelakkan penularan influenza H1N1 dalam kalangan warga sekolah. Para pelajar juga diingatkan untuk segera melaporkan kepada guru bertugas sekiranya terdapat simptom simptom influenza H1N1. selamat menjawab dari warga Panitia Pendidikan Islam

SAMBUNGAN

tajuk akidah tingkatan 5 akan kembali selepas ni....
LARI DARI MEDAN PERANG:
1-APAKAH YANG DIMAKSUDKAN LARI DARI MEDAN PERANG
** maksudnya meninggalkan medan perang ketika sedang menentang
musuh Allah.
2-TERANGKAN AKIBAT LARI DARIPADA MEDAN PERANG
** akibatnya ialah:
1- dipandang hina oleh masyarakat
2- umat Islam akan ditindas oleh orang kafir
3- akan menerima azab neraka.
MENIPU DAN BERBOHONG:
1-APAKAH MAKSUD MENIPU DAN BERBOHONG
** menipu ialah melakukan sesuatu perbuatan untuk kepentingan diri
sendiri dan memudaratkan orang lain
** berbohong ialah penipuan dalam percakapan iaitu tidak bercakp benar
atau memalsukan fakta.
2-TERANGKAN 2 FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU
MENIPU DAN SEBABNYA.
1- kurang iman/goyah iman
2- didikan agama yang kurang sempurna
3- pengaruh kemewahan hidup
4- pengaruh kawan dan persekitaran yang negatif
DADAH:
1- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DADAH?
**dadah ialah sejenis bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya
fikir.
2- TERANGKAN APAKAH HUKUM MENYALAHGUNAKAN DADAH
** hukumnya haram
3- TERANGKAN 2 HIKMAH PENGHARAMAN PENYALAHGUNAAN
DADAH
1- menjaga kewarasan akal manusia
2- mengelakkan daripada penyakit bahaya seperti AIDS
3- mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
4- mengelakkan perkelahian dan permusuhan
4- HURAIKAN 2 AKIBAT BURUK PENYALAHGUNAAN DADAH
1- masyarakat menjadi mundur kerana rakyatnya tidak berdaya maju
2- banyak wang negara dihabiskan untuk membina pusat-pusat
pemulihan.3- Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat dan
negara
4- Melemahkan fizikal dan mental seseorang
MENCURI/MEROMPAK:
1- APAKAH ERTI MENCURI DAN MEROMPAK
** mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi ditempat
simpanan tanpa izin.
**merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang
disimpan di tempat simpanan tanpa izin.
2- TERANGKAN HUKUMAN PERBUATAN MENCURI MENURUT
SYARIAT ISLAM
**hukum mencuri ialah potong tangan
3- TERANGKAN CARA UNTUK MENGATASI PERBUATAN
MENCURI DAN MEROMPAK DALAM MASYARAKAT
1-memberi pendedahan agama tentang keburukan mencuri
2-menangkap dan didakwa
3- mengenakan hukuman yang setimpal
4-mewujudkan kerjasama dalam masyarakat untuk membenteras
jenayah
5- mewujudkan rukun tetangga.
5- BERIKAN CONTOH DOSA KECIL
1- bercakap perkara yang tidak berfaedah
2- melihat aurat bukan mahram
DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA:
1- APAKAH HUKUM MENDERHAKA KEPADA DUA IBU BAPA.
** hukumnya haram
2- SEBUTKAN 2 CONTOH PERBUATAN MENDERHAKA KEPADA
KEDUA IBU BAPA
1- melakukan perbuatan yang menyakiti hati kedua ibu bapa
2- melawan percakapan keduanya
3- melayan mereka dengan kasar
3- TERANGKAN 2 AKIBAT MENDERHAKA TERHADAP KEDUA IBU
BAPA
1- dimurkai Allah
2- hidup tidak tenang
3- mendapat azab di akhirat
4- HURAIKAN 2 FAKTOR ANAK MENDERHAKA KEPADA KEDUA
IBU BAPA
1- kurang didikan agama
2- tiada perasaan kasih sayang kepada ibu bapa
3- pengaruh rakan sebaya
MAKAN HARTA ANAK YATIM:
1- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ANAK YATIM
**anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
2- SEBUTKAN HUKUM MAKAN HARTA ANAK YATIM
** hukumnya haram
3-JELASKAN 3 PUNCA HARTA YANG DIPEROLEHI OLEH ANAK
YATIM
1- pesaka
2-wasiat
3- hadiah
5- TERANGKAN 2 SEBAB ISLAM MELARANG KITA MEMAKAN
HARTA ANAK YATIM
1- anak yatim akan kehilangan punca
2- mengelakan anak yatim terbiar dan melarat
3-mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus silaturrahim
3- JELASKAN 2 AKIBAT PERBUATAN SIHIR TERHADAP INDIVIDU
** 2 akibat sihir pada individu ialah:
1-merosakkan akidah/iman
2- menjadikan dirinya takabur dan berani melakukan kezaliman
3-membazirkan masa dan tenaga
NIFAQ:
1- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NIFAQ?
**nifaq ialah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur
kepada Allah s.w.t
2- SEBUTKAN 2 CONTOH PERBUATAN NIFAQ?
** 2 contoh perbuatan nifaq ialah:
1- apabila bercakap ,mereka berbohong
2- apabila berjanji mereka memungkiri
3- apabila diberi amanah dia mengkhianati.
3- TERANGKAN 2 CARA UNTUK MENGELAKKAN AMALAN NIFAQ?
** 2 cara mengelakkan amalan nifaq ialah:
1- menanamkan sifat-sifat mulia Islam dalam masyarakat
2- meningkatkan iman
3- sentiasa bercakap benar
4- bertimbang rasa dan bertanggungjawab
DOSA BESAR:
1- BERIKAN PENGERTIAN DOSA DAN PAHALA?
** dosa: balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan
suruhanNya
pahala: balasan baik kerana melakukan perintah dan taat kepada perintah
Allah.
2- APAKAH MAKSUD DOSA BESAR
** dosa besar: kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan
amaran azab di akhirat.
3- BERIKAN 2 CONTOH DOSA BESAR
1- berzina
2- minum arak
3- menderhaka kepada ibu bapa
4- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DOSA KECIL
** dosa kecil: kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu du
dunia atau amaran azab di akhirat.

AKIDAH TINGKATAN 4: LATIH TUBI 2009 SMK SG ACHEH

KHURAFAT:
1- APAKAH MAKSUD KHURAFAT?
** Khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap
mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya
bertentangan dengan ajaran agama Islam
2- TULISKAN 2 CONTOH KHURAFAT YANG MASIH TERDAPAT
DALAM MASYARAKAT?
**CONTOHNYA:
1- Mempercayai azimat/tangkal boleh menahan sesuatu bahaya kepada
seseorang
2- Membuang ancak
3- Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu
hajat
3- TERANGKAN TIGA KESAN TERHADAP INDIVIDU YANG
MENGAMALKAN KHURAFAT?
**kesannya:
1- menyebabkan syirik
2- membazir masa, tenaga, dan wang ringgit
3- menyekat kemajuan pemikiran
4- mendapat azab di akhirat
4- HURAIKAN 3 LANGKAH UNTUK MENGATASI AMALAN KHURAFAT
DALAM MAYARAKAT
**di antara langkah mengatasi amalan khurafat ialah:
1- menggiatkan usaha dakwah dalam masyarakat
2- mengawasi tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
3- menyebarkan risalah-risalah dakwah
4- memberi kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran yang sebenar
SIHIR:
1- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIHIR?
** sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan
makhluk gahib iaitu dengan bantuan syaitan bertujuan memudharatkan orang
lain.
2- BERIKAN 2 CONTOH SIHIR YANG SERING BERLAKU DALAM
MASYARAKAT
** 2 contoh sihir tersebut ialah:
1- Santau/tuju2
2- Pukau/guna2
3- Susuk

Selasa, 11 Ogos 2009

Tajuk Tumpuan SPM 2009( Pendidikan Islam SPM)

Kertas Satu
1. Maksud taubat / Syarat taubat diterima / Hikmah taubat
2. Maksud syirik / Contoh syirik /
3. Maksud kufur / Bahagian kufur / Faktor menyebabkan seseorang itu kufur / Kesan buruk syirik kepada indvidu
4. Maksud munafik / Tanda-tanda munafik
5. Maksud ahli sunnah waljamaah / Prinsip-prinsip akidah ahli sunnah waljamaah /Sumber pegangan ahli sunnah waljamaah
6. Cara meantapkan akidah supaya tidak mudah terpesong
7. Langkah mengatasi ajaran sesat
8. Maksud khawarij / Prisnip khawarij
9. Maksud jual beli / Syarat barangan jual beli yang sah / Jenis jual beli dilarang tetapi sah
10. Bilakah ibadat korban disunatkan melakukannya / Syarat sah korban / Perbezaan korban dengan sembelihan
11. Maksud gadaian / Sebab membatalkan gadaian / Perbezaan gadaian islam dengan bukan islam
12. Tanggungjawab suami / Kesan pengabaian tangunggjwab
13. Hokum perkahwinan menjadi haram bila / Kebaikan perkahwinan dari sudut membendung gejala sosial
14. Jenis-jenis mahar / Syarat sah mahar / Hikmah diwajibkan mahar
15. Menerap sifat benar terhadap guru
16. Akibat membelakangi kempimpinan Khulafa ar-Rashidin / Ciri kepimpinan khulafa’ ar-arshidin
17. Polisi yang dilakukan Khalifah uthman affan
18. Jenis ketenteraan zaman Bani umaiyah / Perbezaan ketenteraan Umaiyah dengan Khulfa’ ar-Rashidin
19. Kraya Imam Ahmad Ibn Hambal/ Latar belakang pendidkan beliau
20. Sifat imam malik yang boleh dicontohi / Penghormatan imam malik terhadap hadis Rasulullah
21. Sebab abu nukman bin Thabit dikenali sebagai abu hanifah / Sumbangan abu hanifah
22. Hukum menziarahi dan menjaga orang sakit / Hujjah bahawa orang sakit perlu dijaga
23. Larangan berhias diri selain membuat tatu dibadan / Hikmah menitib berat berhias diri
24. Erti rekreasi / Ciri tempat rekreasi yang baik / Hikmah beradab ditempat rekreasi
25. Faktor perkembangan sains dan teknologi zaman Abbasiah / Kesan penemuan sains dan teknologi zaman tersebut
26. Tindakan anda menyebarkan dakwah islam dalam kalangan masayarakat sekolah
27. Faktor mendorong penyebara islam zaman abbasiyah / Kesan positif penyebaran tersebut
28. Pernana baitul mal zaman abbsiah / Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat
29. Maksud islam gerakan Syed Jamaluddin / Keperluan idea islah
30. Sumbangan hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran
31. Nama hasil penemuan ibnu sina dalam bidang farmasi / Contoh kegigihan beliau dalam mencarai ilmu
32. Tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat /Ciri pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi rakyat
33. Adab ketika menziarahi jenazah / Perkara yang dularang ketika menziarahi jenazah
34. Jenis sedekah yang dianjurkan oleh Islam / Kelebihan memberi sedekah
Kertas Dua
1. Ayat kefahaman
a. Surah al-An’am : Ayat 70 / ayat 125 / ayat 162 -165 / ayat 6/ ayat 50
b. Luqman ayat 17
c. At-Taubah ayat 128-129/ ayat 6/
d. Al-Hasyr ayat 21
e. Al-Sajadah ayat 15
f. Al-Mukminun ayat 2-4
g. An-Nur ayat 30-31
2. Lengkapkan ayat
a. Luqman ayat 15/ ayat 16
b. Al-Mukiminu ayat 5-8
3. Susunkan ayat
a. Luqman ayat 13
b. Al-Mukminun ayat 1-4
c. Al-Hasyr ayat 23
4. Hadis:
a. Makanan yang baik
b. Perpaduan Teras Kemajuan
c. Kehidupan di Dunia Ibarat seorang perantau
d. Orang mukmin kekasih Allah

Golongan Haram Masuk Syurga.....


Saidina Abu Bakar As-Siddiq meriwayatkan sebuah hadis bermaksud:
" 3 golongan tidak masuk syurga ialah penipu, bakhil dan suka mengungkit-ungkit (pemberiannya)"
GOLONGAN 1 (Penipu)
Menipu, berbohong & berdusta merupakan perkara yg dikeji di dalam Islam. Kerana ia akan membuatkan seseorang yg mempercayainya akan sakit & terguris hatinya. Ini akan membuat seseorang yg benar2 jujur teraniaya kerana org yang telah ditipu tadi tidak akan mempercayai sesiapa lagi.
Justeru itu , dalam Islam menganjurkan umatnya supaya membuat surat perjanjian dalam hal hutang dan pinjam-meminjam dengan mengambil 2 orang saksi atau mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan orang yg memberi hutang terjamin.


GOLONGAN 2 (Bakhil)
Sesungguhnya harta yg dimiliki seseorang itu adalah amanah Allah dan kita tidak boleh berasa bakhil atau kedekut kerana ia bukan milik kita secara mutlak. Ia suatu perbuatan yg memang tidak disukai dalam Islam kerana ia seolah-olah menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah kpd seseorang melalui saku orang lain.


GOLONGAN 3 (Mengungkit perkara kebaikan)
Firman Allah yg bermaksud, " Hai org beriman, jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dgn menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti org yg menafkahkan bertanya kerana riya' kepada manusia dan tidak beriman dgn Allah dan hari akhirat." (Al-Baqarah:264)
Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti ia akan menyinggung perasaan orang yg menerimanya. Mengunkit perkara kebaikan dan pemberian bukan sekadar menghapus pahala tetapi berdosa serta menyakiti hati orang lain. Sesungguhnya perbuatan ini bercanggah dgn seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan.


Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa sebahagian orang Ansar meminta kepada Rasulullah saw., maka beliau memberi kepada mereka. Kemudian mereka meminta lagi, beliau pun memberi kepada mereka, sampai ketika telah habis sesuatu yang ada pada beliau, beliau bersabda : Apapun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kalian. Barang siapa menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Barang siapa yang merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya. Barang siapa yang bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Seseorang tidak diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran

Renungan .........


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,


Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,


Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.


Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.


Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH ….

Ramadhan Semakin Menghampiri

Kuliah Mengenai Ucapan Salam

Ilmu utk dikongsi bersama :
radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"

Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah
kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ilham ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat ilham ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!Ingat kawanku..

Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama : Janganlah kita
menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan
Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde
Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN ,FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Peringatan Wabak H1NI Dan Doa ...


Peringatan Wabak H1NI Dan Doa ...

Mesej yang Telah Aku Terima Dari Sahabat2 tentang H1N1 dan mesejnya seperti berikut:

Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tolong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.

Yang Penting jangan lupa mendapatkan rawatan segera daripada Klinik yang terdekat....

Dan Amalkan Doa ini

Isnin, 10 Ogos 2009

Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta



Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

www.iluvislam.com
Syahid_Fisabilillah
Editor: lailatulema

PENGORBANAN SEORANG IBU



Renungkanlah...

"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'

Insan Kealpaan

Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...

Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...

Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...

Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...

Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...

Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia? Y
ang membunuh Tuhan dari jiwanya..??

Aku hanya mengingati agar diriku Tidak seperti "dia"

Hadis Palsu Rejab, Syaaban



Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Ibadat

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Meja Editor: Artikel ini telah diolah untuk kesusaian pembaca,sila layari laman web Dr.MAZA untuk artikel penuh. Mari sama-sama tambahkan amalan di bulan Syaaban untuk persediaan diri bertemu Ramadhan,bulan penuh barakah. Apa yang penting adalah ilmu yang benar untuk diamalkan, walaupun tiada hadis sahih mengenai amalan khusus di bulan Syaaban namun ia tidak boleh ditinggalkan terus. Ayuh, beramal untuk menggapai redha Ilahi!

*Dr.Maza giat menulis di blog beliau, http://drmaza.com/home/?p=646