Isnin, 6 Oktober 2008

Contoh Soalan & Jawapan

Perkara yang membatalkan Iman
1. Apakah maksud syirik?
a. Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

2. Nyatakan bahagian syirik
a. Syirik Khafi iaitu syirik tersembunyi tidak meletakkan Allah sebagi yang mutlak dalamniat terutama dalam ibadat contoh riak/ takbur
b. Syirik Jali iaitu perlakuan syirik secara jelas dan terang contoh menyembah berhala

3. Jelaskan kesan syirik kepada individu
a. Membatalkan iman
b. Berdosa besar
c. Dibenci oleh masyarakat

4. Nyatakan pengertian nifak
a. Iaitu berpura-pura melahirkan keimanan kepada Allah sedangkan hatinya tetap kufur

5. Terangkan kesan keburukan perbuatan nifak
a. Masyarakat berpecah belah
b. Melemahkan persaudaraan umat Islam
c. Membantut pembangunan Negara
d. Menghancurkan umat Islam

6. Jelaskan cara anda menjauhi diri daripada nifak
a. Setiasa waspada dalam pergaulan
b. Berusaha mendalami ilmu agama
c. Menjauhi sebarang perbuatan sia-sia

Tiada ulasan: